Program Audit Dalam MS ISO 9001:2015 JPKN

Tarikh: 2022-08-09

Bagi pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 tahun ini, audit akan dijalankan secara bersemuka (fizikal) untuk semua bahagian termasuk JPKN Cawangan Bandaraya. Manakala untuk cawangan yang lain, audit akan dijalankan secara atas talian (Zoom Meeting). Program ini adalah bagi memastikan semua dokumen yang berkaitan disediakan serta memberi pemakluman kepada pegawai-pegawai di bahagian di ibu pejabat agar memberikan kerjasama kepada juruaudit dalaman agar proses pengauditan dapat berjalan dengan lancar. Untuk makluman, terdapat dua (2) skop baharu dalam pelaksanaan audit iaitu Pengurusan Keselamatan Siber dan JPKN Cawangan Bandaraya.